MATLAMAT
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya:
1. membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid
2. membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan
3. memupuk potensi / bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam mesyarakat majmuk
4. melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan pelajar
FALSAFAH
"MEMBANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN"
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.
VISI
Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
0 comments:
Post a Comment