Blogger Layouts

membimbing dan membantu anda

PERANAN MURID SEBAGAI PRS



1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

2. Membantu menggerakkan perkhidmatan dan kaunseling di sekolah.

3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.

4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor / Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.

6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.

7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.

8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.

10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.

11. Mematuhi etika kerahsiaan.

12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.

13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalahbiasa / normal.

14. Memimpinrakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

0 comments: